MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad bertekad mahu terus berkhidmat kepada tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga walaupun gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu, semalam.
Dalam hantaran di Facebook, Nik Nazmi yang turut tewas kepada selebriti, Datuk Afdlin Shauki bagi kerusi Ketua Cabang Setiawangsa menyeru semua pihak untuk mengetepikan segala perbezaan selepas berakhirnya pemilihan PKR itu.
Menurut Nik Nazmi, anggota parti itu perlu bersama-sama memastikan PKR keluar daripada ujian kuasa dengan idealisme yang tetap utuh, membawa visi serta agenda untuk terus berkhidmat dan mengangkat martabat rakyat.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi saya dalam pemilihan parti Keadilan.
“Saya turut mengucapkan selamat memikul amanah dan menjalankan tugas kepada kepimpinan baharu parti kita.
Baca artikel lain: Pemilihan PKR: Amirudin, Ramanan, Aminuddin, Chang Lih Kang dipilih Naib Presiden
“Keputusan kali ini bukanlah apa yang seperti kami harapkan. Kami telah berjuang habis-habisan dan amat menghargai dedikasi pasukan saya sepanjang kempen ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Nik Nazmi menjadi satu-satunya penyandang jawatan Naib Presiden yang gagal mempertahankan jawatan berkenaan pada Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028, semalam.
Tiga lagi penyandang iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing.
Amirudin memperoleh 7,955 undi, diikuti Timbalan Ketua Penerangan 1 yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan (5,895 undi), Aminuddin (5,889 undi) dan Chang meraih 5,757 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

