PESTA Kaamatan atau Pesta Menuai merupakan sambutan penting yang diraikan pada setiap tahun oleh masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus di Sabah.
Sehubungan itu, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) telah berkunjung ke negeri di bawah bayu bagi menyantuni keluarga-keluarga yang akan menyambut pesta tersebut dalam kalangan perima bantuan YKM.
Salah seorang penerima bantuan adalah Arvina Chris Nolvi di Kampung Kilirip Kinarut, Papar bersama-sama empat orang anaknya yang masih bersekolah.
Arvina yang tiada pendapatan tetap telah kehilangan suami, Henry Anak Bisara akibat COVID-19 pada 15 Februari 2022.
Suri rumah tersebut hanya mengharapkan bantuan bulanan YKM bagi mengharungi kehidupan membesarkan anak-anak yang masih di bawah tanggungannya.
Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyantuni keluarga itu berkata, ini adalah amalan dan tradisi yang telah digerakkan oleh yayasa pada setiap musim perayaan penting disambut oleh Keluarga Malaysia.

“Penerima YKM berada di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan. Setiap kali musim perayaan penting, YKM akan mengadakan ziarah kasih dan menghulurkan sumbangan bagi memastikan setiap penerima YKM dapat menyambutnya dengan
kegembiraan bersama seluruh ahli keluarga.
Baca artikel lain: Mahu dibawa ke mana pendidikan kita wahai pemimpinku?
“Ziarah kasih hari ini juga membuktikan komitmen berterusan YKM yang bersifat inklusif, tanpa ada mana-mana keluarga yang terkesan akibat COVID-19 terpinggir atau tertinggal daripada menerima bantuan YKM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Yang tiurut hadir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri I dan Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Norubit@Nerubi.
Sejurus melawat rumah Arvina, beliau melawat keluarga Husidah Ahali di Kampung Pomotodon Inanam, Kota Kinabalu.
Husidah kehilangan suami akibat COVID-19 kini menyara empat orang anak dengan sumber pendapatan sebanyak RM400 sebulan daripada jualan kuih-muih.
Ziarah kasih di Sabah ini diakhiri dengan mengunjungi keluarga Maslinah Abdul Manaf dari Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu yang turut kehilangan suami akibat COVID-19 pada 15 Ogos 2021.
Maslinah yang juga peniaga dalam talian menggunakan platform tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan selain bantuan YKM untuk meneruskan kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, YKM turut menyalurkan bantuan perayaan kepada 14 penerima bangsa Dayak sempena Hari Gawai.
Ismail Sabri berharap setiap pihak termasuk komuniti setempat terutama di kawasan pedalaman untuk membantu menyampaikan maklumat mengenai bantuan ini kepada golongan yang terkesan akibat COVID-19 dan menghubungi YKM melalui emel [email protected] atau hubungi di talian 03-22027493.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

