KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sudah memahami isu lantikan politik oleh sesebuah kerajaan yang suatu ketika dahulu dijadikan senjata menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Hal itu selepas Perdana Menteri dalam kenyataannya baru-baru ini menyifatkan bahawa lantikan politik oleh sesebuah kerajaan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa.
Memberi respon kepada kenyataan Perdana Menteri itu, Muhamad Akmal menerusi hantaran bernada sinis di media sosial mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tambun itu kerana, menurutnya, akhirnya memahami tindakan sama yang dilakukan oleh BN ketika mentadbir negara sebelum ini.
“Alhamdulillah. Terima kasih Perdana Menteri akhirnya memahami apa yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu,” katanya
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Anwar mengulas isu lantikan politik semasa sesi penggulungan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor, pada Sabtu.
Anwar berkata, lantikan politik oleh kerajaan yang mengangkat individu yang layak bukanlah satu bentuk penyalahgunaan kuasa, sebaliknya merupakan satu bentuk pengiktirafan atas sumbangan mereka terhadap kejayaan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

