Malaysia, Singapura komited perkasa kerjasama pelaburan dan perdagangan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA dan Singapura menyatakan komitmen untuk terus memperkasa kerjasama pelaburan serta perdagangan antara kedua-dua negara.

Komitmen itu dinyatakan sewaktu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau dan Lawrence juga mahu kedua-dua negara memberi tumpuan kepada projek utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan RTS Link.

“Kami turut bersetuju untuk perluas kerjasama dalam ekonomi digital, tenaga mampan dan Grid Kuasa ASEAN.

“Malaysia dan Singapura juga sepakat untuk menyelesaikan isu dua hala konstruktif demi kebaikan bersama serta hubungan jangka panjang yang harmoni,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Baca artikel lain: Pelan Kerja Belia ASEAN bertindak sebagai kerangka kerja strategik tangani isu-isu substantif – PM Anwar

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Lawrence tiba semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei, berserta dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.

Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, edisi tahun ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This