PRN Sabah: BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti – Zambry

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk berbincang dan menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“BN terus mengadakan siri perbincangan dan saya ingin sahkan bahawa proses perbincangan kita telah pun dimulakan dan proses itu akan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Karisma Pemimpin Muda MADANI 2025 di Putrajaya hari ini.

Zambry berkata, BN turut mengambil kira gabungan BN dan PH sendiri mempunyai komponen parti dari Sabah dan oleh itu memerlukan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan.

Baca artikel lain: Nurul Izzah sasar PKR tanding 13 kerusi pada PRN Sabah

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata rundingan awal antara BN dan PH bagi agihan kerusi telah dimulakan dan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025, pada Sabtu lepas menuntut supaya PKR diberikan sekurang-kurangnya 13 kerusi untuk bertanding pada PRN Sabah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This