KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bertindak ‘merehatkan’ guru yang terlibat dalam hubungan terlarang dengan seorang juruteknik pendawaian daripada mengajar sehingga siasatan dalaman berhubung isu itu selesai.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata meskipun guru itu direhatkan daripada mengajar, beliau masih menjalankan tugas sebagai penjawat awam dan tindakan tersebut diambil agar siasatan yang dilakukan tidak terganggu.
“Saya ingin memberikan jaminan kepada semua pihak apabila perkara-perkara yang terkait rapat dengan integriti guru dan akhlak guru, KPM mengambilnya secara serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Dermasiswa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia anjuran Farm Fresh Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, Nibong Tebal, hari ini.
Baca artikel lain: Pelan Pendidikan baharu antara tumpuan utama KPM tahun ini
Beliau berkata, KPM mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan guru-guru di negara ini mematuhi semua integriti dan etika keguruan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Fadhlina juga berkata KPM akan sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tingkah laku mereka sama ada di dalam mahupun di luar sekolah kerana warga pendidik membawa imej keguruan yang sentiasa dilihat sebagai suri teladan dalam masyarakat.
Baru-baru ini, tular di media sosial hubungan terlarang antara seorang guru wanita dengan lelaki yang menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup dan pendawaian elektrik di rumah meskipun masing-masing sudah berumah tangga.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

