Pelan Pendidikan baharu antara tumpuan utama KPM tahun ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBANGUNAN Pelan Pendidikan baharu bagi tempoh 2026 hingga 2035 menjadi antara tumpuan utama Kementerian Pendidikan (KPM) tahun ini.

Pelan Pendidikan baharu itu bagi menggantikan bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selain itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM turut memberi perhatian kepada Kurikulum Persekolahan 2027 dan agenda Reformasi Sekolah.

Menurut beliau, perkara itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa EXCO Pendidikan Negeri, semalam.

Fadhlina berkata, pada waktu ini, KPM juga sedang berusaha melanjutkan dasar pendidikan wajib ke peringkat menengah.

“Saya mohon sokongan semua rakan-rakan EXCO dan pimpinan negeri bagi memastikan hasrat ini tercapai.

Baca artikel lain: KPM tarik semula arahan cetak e-RPH setiap minggu – KP Pendidikan

“Saya turut mengambil maklum semua pandangan dan sumbang saran yang diberi sewaktu mesyuarat. Apa saja usaha untuk kebaikan sektor pendidikan perlu disambut baik.

“Semoga hubungan antara KPM dan kerajaan negeri akan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan kecemerlangan kualiti pendidikan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, mesyuarat Jawatankuasa EXCO Pendidikan Negeri merupakan platform terbaik untuk menterjemahkan kebersamaan dan komitmen semua pihak membangunkan pendidikan.

Katanya, mesyuarat itu adalah peluang untuk menyampaikan perkembangan terkini pendidikan negara, membincangkan isu-isu berbangkit di peringkat negeri dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya mulakan mesyuarat yang berlangsung semalam dengan berkongsi mengenai keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

“Program-program intervensi yang dilaksanakan di peringkat negeri ternyata telah membuahkan hasil. Syabas semua!.

“Keciciran SPM turut berjaya ditangani dengan baik. Kadar keciciran pada tahun 2024 adalah jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga usaha yang baik di semua peringkat dapat diteruskan sekali gus menoktahkan keciciran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This