Anwar ucap selamat berentap, berbelah bahagi sokong Manchester United atau ASEAN All-Stars

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mengakui masih ‘berfikir’ sama ada untuk menyokong Manchester United atau ASEAN All-Stars dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar yang merupakan peminat yang berada di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris itu turut mengucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan.

“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Hubungan, pelaburan meningkat antara ASEAN dan GCC penting prospek jangka panjang – Anwar

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut memaklumkan berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan itu, Ruben Amorim.

Beliau berkata, pertemuan tersebut turut dihadiri pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars yang diketuai Ketua Jurulatih, Kim Sang Sik.

Skuad The Red Devils tiba di Malaysia, semalam sempena aksi pascamusim menentang ASEAN All-Stars di SNBJ pada pukul 8.45 malam.

Manchester United menyenaraikan 32 pemain bagi aksi persahabatan berkenaan sebelum menentang pasukan kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong, Jumaat ini.

Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This