Kementerian Komunikasi teliti langkah pengesahan identiti bagi lindungi kanak-kanak

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi kini dalam proses meneliti beberapa langkah penting bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pelaksanaan verifikasi atau pengesahan identiti pengguna.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah berhubung pengesahan identiti itu penting, bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada pemangsa seksual dalam talian.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan, berhubung insiden seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Saya risau apa berlaku baru-baru ini, apabila seorang pempengaruh telah berhubung dengan kanak- kanak berusia 14 tahun dengan mesej lucah dan ini perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

“Saya sangat risau kerana anak kecil yang mungkin tidak tahu dan tidak faham penggunaan media sosial. Mereka memandang tinggi kepada pempengaruh, tapi seolah pempengaruh ini ada yang didakwa ambil kesempatan…ini perkara yang saya sangat kesali,” katanya kepada selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, hari ini.

Baca artikel lain: Usaha pembentukan rasmi Majlis Media Malaysia sedang digerakkan – Fahmi

Sebelum ini, dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu, termasuk remaja bawah umur.

Fahmi turut menasihatkan warga Kementerian Komunikasi untuk menyahaktifkan media sosial anak mereka yang berusia bawah 13 tahun, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku selain mengawal penggunaan aplikasi WhatsApp anak masing-masing.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi telah memainkan peranan penting semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, terutama dalam memastikan capaian Internet dan liputan baik semasa persidangan berlangsung.

“Saya telah melihat sendiri usaha kita untuk memastikan capaian Internet termasuk 5G di International Media Center itu berada dalam keadaan yang sangat baik, walaupun ada media yang mengatakan masalah wifi dan itu bukan bawah jagaan kita, tetapi setelah mendengar kita terus membantu.

“Kita membantu dengan meminta pihak khusus menambah jumlah access point bagi memudahkan rakan-rakan media,” katanya.

Pada majlis itu, Fahmi turut merasmikan nama baharu bangunan Kementerian Komunikasi daripada Kompleks Kementerian Komunikasi kepada Menara Komunikasi sebagai simbol keterhubungan, kekuatan teknologi dan aspirasi bangsa menuju kemajuan dalam bidang komunikasi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This