PARA guru tidak perlu mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan selepas ramai guru menzahirkan kesulitan terhadap arahan keperluan mencetak e-RPH setiap minggu baru-baru ini.
Menurut Azman, beliau mendapati tiada pertimbangan untuk berbuat demikian setelah membuat pertimbangan terhadap perkara tersebut.
“Saya mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu. Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta.
“Guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan. Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” katanya.
Beliau berkata demikan menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial yang turut dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

