‘Rafizi, Nik Nazmi masih bercuti’, PM belum fikir rombakan Kabinet

Dari Penulis

KEPUTUSAN untuk melakukan rombakan Kabinet masih belum difikirkan kerana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad masih bercuti ketika ini.

Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, keputusan untuk menggantikan anggota Kabinet tidak boleh dilakukan lagi ketika ini.

Kata beliau, ini kerana Rafizi dan Nik Nazmi secara asasnya sedang bercuti.

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Baca artikel lain: ‘Mengarut!’, Lih Kang nafi ahli Parlimen PKR tarik sokongan kepada Perdana Menteri

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan serta mengundurkan diri sebagai anggota Kabinet.

Ia susulan kekalahan mereka dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa kalah dalam pemilihan sebagai Naib Presiden.

Rafizi mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025, manakala Nik Nazmi pula berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.

Namun kedua-duanya menghabiskan baki cuti tahunan bermula pada 28 Mei sehingga Jun dan Julai depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengesahkan bahawa Anwar telah menerima surat dan meluluskan permohonan cuti daripada kedua-dua menteri itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengulas mengenai pengunduran diri mereka daripada menganggotai Kabinet dan sebarang keputusan akan dimaklum semula.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This