Pecah masuk sekolah agama curi RM1,600, polis buru 2 lelaki ini

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA lelaki yang tular di media sosial ekoran tindakan mereka memecah masuk sebuah sekolah rendah agama di Bukit Jelutong, Shah Alam pada awal Mei lalu kini sedang diburu polis.

Menerusi video tular terbabit, kejadian dikatakan berlaku antara jam 10.45 malam sehingga 11.30 malam pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.09 petang pada 11 Mei lepas daripada timbalan pengarah sekolah berkenaan.

“Kedua-dua suspek telah memecah masuk melalui pintu belakang sekolah.

“Semakan dibuat oleh pihak sekolah mendapati terdapat sejumlah wang tunai telah hilang iaitu sebanyak RM100 yang disimpan di dalam peti wang tunai koperasi serta RM1,500 yang disimpan di dalam laci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihaknya sedang berusaha keras dalam mengesan dan menangkap kedua-dua suspek terbabit dalam kadar segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohamad Hanafi di talian 010-3727932.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan premis dan barangan yang berharga disimpan di tempat yang selamat.

Terdahulu penyanyi dan pempengaruh Caprice memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah berkenaan yang memaparkan dua lelaki termasuk berkopiah memecah masuk premis berkenaan.

Salah seorang anak pemilik sekolah swasta tersebut turut tampil mendakwa premis itu pernah dipecah masuk beberapa kali sebelum ini dipercayai oleh individu yang sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This