Malaysia sokong penuh Kenyataan Tokyo 2025 bina infrastruktur digital berdaya tahan Asia Pasifik – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA menyatakan sokongan penuh terhadap Kenyataan Tokyo 2025 khususnya dalam membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Asia Pasifik.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025 di Tokyo, Jepun.

Dalam ucapan semasa sesi bersama Menteri bertajuk Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility, Fahmi berkata, Malaysia komited untuk memastikan akses sejagat, kesaksamaan teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam ruang digital.

Menurut beliau, Malaysia telah menjalankan usaha yang meluas untuk memastikan akses kepada kualiti dan keterangkuman teknologi menerusi pendidikan serta ekosistem sokongan di seluruh negara.

“Usaha Kerajaan MADANI ini telah menyumbang secara berterusan kepada infrastruktur digital yang mampan, mengoptimum sumber yang diperlukan serta melaksana dan menggalakkan amalan terbaik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam kalangan masyarakat.

“Malaysia terus komited memastikan akses sejagat, kesaksamaan teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam ruang digital,” katanya dalam ucapan tersebut hari ini.

Baca artikel lain: Hari Wartawan Nasional 2025: Teruskan komitmen, amalan beretika sampaikan maklumat sahih – Fahmi

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, melalui inisiatif seperti JENDELA, negara telah memperluas capaian internet berkelajuan tinggi ke lebih 9.03 juta premis dan meningkatkan liputan 5G ke lebih 82 peratus kawasan berpenduduk.

Katanya, ia telah menyumbang kepada kemajuan keterangkuman digital dengan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai purata 105.36 Mbps dan liputan internet merangkumi 98.66 peratus pada suku keempat 2024.

“Dengan penembusan mudah alih sebanyak 61 peratus dan pelaksanaan 5G, Malaysia membuka lebih banyak peluang dalam pendidikan dan pelbagai industri lain.

“Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara APT lain untuk berkongsi inovasi dan membina masa depan digital yang inklusif serta mampan,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Fahmi menjelaskan mesyuarat Menteri APT itu menjadi platform penting untuk merangka dasar serta strategi bersama ke arah pembangunan digital yang inklusif, mampan dan selamat di rantau Asia Pasifik.

Pada masa sama, beliau berkata, mesyuarat itu juga bertindak sebagai pentas kerjasama pelbagai hala di rantau yang paling pesat membangun dari segi teknologi selain menyokong negara-negara membangun dalam aspek teknikal, kapasiti dan kawal selia ICT.

“Komitmen bersama ini mencerminkan usaha berterusan untuk memperkasa transformasi digital serantau demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

APT ialah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1979 di bawah kerjasama antara United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) dan International Telecommunication Union (ITU).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This