PM terima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan AS, bincang pertingkat kerjasama pertahanan

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth di Singapura semasa lawatan kerja singkat beliau ke republik itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata antara perkara dibincang pada pertemuan itu ialah usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim selain menzahirkan penghargaan atas penglibatan Amerika Syarikat di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) baru-baru ini.

Anwar berkata semasa lawatan kerja ke Singapura, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Boeing Global Brendan Nelson.

Baca artikel lain: Pelbagai bantuan disalur untuk kesejahteraan penduduk Sungai Buloh

“Sewaktu kunjungan Presiden Boeing Global Brendan Nelson, kami menggunakan ruang itu bagi membincangkan keselamatan maritim, modenisasi aset, pelaburan dalam pendidikan selain kolaborasi dengan pemain industri tempatan terkait latihan, kerjasama strategik serta pembangunan ekosistem penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pertemuan itu mampu melonjakkan lagi kepentingan Malaysia dalam bidang pertahanan di peringkat serantau dan juga global.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 iaitu persidangan berprestij pertahanan dan keselamatan serantau di Asia Pasifik, dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This