PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menghubungi rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini berhubung isu pertikaian sempadan Thailand-Kemboja.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar berkata Malaysia mengambil maklum situasi yang berlaku di kedua-dua negara berkenaan.
“Nanti kita akan keluarkan kenyataan (mengenai hasil perbincangan dengan Paetongtarn Shinawatra),” kata Anwar kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra dekat Putrajaya hari ini.
Pada 28 Mei lepas, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran singkat di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja yang dilaporkan mengorbankan seorang askar Kemboja.
Baca artikel lain: PM terima kunjungan hormat Muhammad Shahrul Ikram, bincang soal pengukuhan hubungan Malaysia-AS
Kemboja kemudian mengumumkan hasrat untuk membawa pertikaian sempadan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Thailand turut dilapor mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan isu sempadan dengan Kemboja melalui usaha damai mengikut undang-undang antarabangsa serta perjanjian dan memorandum yang berkaitan.
Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 1 Jan 2025 daripada Laos dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, mencerminkan aspirasi negara untuk membina ASEAN yang bersatu serta makmur.
Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas memegang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

