Kerajaan tidak menjejak lokasi individu – MCMC

Dari Penulis

PERMINTAAN data panggilan telefon bimbit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada syarikat telekomunikasi tidak melanggar undang-undang sekiranya ia tidak melibatkan maklumat peribadi pengguna.

Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Zulkarnain Mohd Yasin menjelaskan, dakwaan bahawa kerajaan menggunakan inisiatif Mobile Positioning Data (MPD) untuk menjejaki lokasi individu atau mengumpul maklumat peribadi pengguna telefon mudah alih adalah tidak benar.

Kata beliau, dakwaan yang tersebar dalam media sosial dan beberapa portal adalah tidak berasas serta mengelirukan orang ramai mengenai tujuan sebenar inisiatif tersebut.

“Kerajaan tidak menjejak lokasi individu. Data lokasi yang digunakan adalah berdasarkan kedudukan pemancar telekomunikasi, bukan lokasi tepat peranti pengguna,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today hari ini.

Beliau menjelaskan, data yang dikumpulkan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah dinyahidentiti sepenuhnya sebelum digunakan. 

Katanya, tiada sebarang nombor telefon, nama, ID peranti atau butiran langganan yang disertakan dalam set data tersebut.

“Tiada log panggilan, tiada data komunikasi, dan tiada rekod akses internet atau alamat IP dikumpul melalui inisiatif MPD,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This