SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar penyelewengan dana kira-kira RM26 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai.
Berdasarkan maklumat sumber, kegiatan itu terbongkar susulan tangkapan lima suspek sebuah pertubuhan menerusi Op Serantau yang dijalankan oleh SPRM Selangor.
Sumber berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu.
“Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.
“Modus operandi untuk menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah dan rumah termasuk membeli mata wang kripto.
Baca artikel lain: Penduduk Taman Seri Alam tuntut RM1.6 juta, dakwa kolam takungan pecah punca banjir
“Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Katanya, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.
Beliau berkata, SPRM sudah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

