PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota ASEAN untuk mengukuhkan tekad kolektif mereka dalam menangani krisis di Myanmar.
Anwar berkata, blok serantau itu mesti bergerak melangkaui sekadar kenyataan semata-mata, dan menyatakan bahawa ia harus bersifat transformatif.
Beliau berkata, konflik sivil di Myanmar terus menjadi satu cabaran paling mendesak dan tidak dapat diselesaikan, yang dihadapi Asia Tenggara.
“Dalam menghadapi cabaran ini, cara untuk kita terus melangkah ke hadapan adalah dengan merapatkan barisan dan mengambil tindakan berteraskan perpaduan, supaya ia tidak melemahkan ASEAN sebagai sebuah blok.
“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menganggap ia mempunyai tanggungjawab yang mendalam untuk menggerakkan setiap mekanisme ASEAN yang berdaya maju, dan bekerjasama dengan semua rakan kongsi ke arah pengurangan keganasan, dan seterusnya, proses damai yang diterajui oleh Myanmar dan milik Myanmar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

