Kaji misteri kehilangan Mr Fraser sehingga terbawa-bawa dalam mimpi – Penerbit Misteri Fraser 1910

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PADA awalnya penerbit dan penulis skrip, Elani Adid sedang mencari lokasi penggambaran bagi sebuah filem lain di Bukit Fraser, Pahang pada 2019.

Namun, lama kelamaan Elani yang juga pemilik produksi Millionaire Film Production menjadi lebih berminat untuk mengkaji sejarah tentang misteri kehilangan seorang peneroka dari Scotland, Loui James Fraser.

“Filem ini kami ambil masa lima tahun untuk siapkan. Semuanya bermula bila saya berada di Bukit Fraser untuk mencari lokasi penggambaran yang sesuai bagi filem sulung.

“Sepanjang keberadaan kami di sana, saya banyak membaca tentang sejarah Mr Fraser yang hilang secara misteri dan sehingga tak dapat dijejaki.

“Dari situ, banyak menyuntik semangat saya untuk membuat kajian tentag Mr Fraser sehingga terhasillah filem ini,” katanya kepada URTV.

Jelas Elani, sebanyak 50 peratus jalan cerita adalah berdasarkan kisah benar manakala bakinya pula adalah kisah fiksyen bagi menjadikan ia sebuah filem wajib tonton pada tahun ini.

“Saya masukkan jalan cerita fiksyen berdasarkan mimpi saya selepas pulang dari kawasan Bukit Fraser.

“Sebagai contoh watak Isyani, saya dapat ilham dari mimpi dan jadikan karakter yang berkait dengan kehilangan Mr Fraser.

“Setiap mimpi saya itu dimasukkan dalam naratif filem ini,” ujarnya.

Ketika ditanya mengapa berminat menghasilkan sebuah cerita biografi mengenai tokoh luar, jelas Elani, dia hanya mahu membawa kisah sejarah ke layar lebar agar mudah difahami generasi baharu.

“Dari awal sebenarnya saya dah bersedia kalau filem ini akan di kecam sebab kononnya mengangkat kisah orang luar berbanding tokoh negara sendiri.

“Kalau di pandang pada sudut positif, kita nak menonjolkan kisah kehilangan Fraser itu sendiri.

“Selain daripada misteri-misteri kisah yang tersimpan di Bukit Fraser, ada banyak lagi cerita tersimpan,” kongsinya.

Misteri Fraser 1910 mengisahkan Mr Fraseryang dilakonkan oleh Josiah Hogan yang membuka Bukit Fraser pada 1890.

Dia mendapat hasil kekayaan dengan hasil perlombongan bijih timah di negeri itu.

Malah, Fraser juga membangunkan kawasan berkenaan sebagai bandar tumpuan dan tempat pertemuan golongan elit terutama tentera British.

Sekitar 1910, Fraser hilang tanpa dijejaki dan menjadi lebih misteri apabila banglo serta semua perniagaannya ditinggalkan.

Selain Josiah, filem yang bakal ditayangkan pada 26 Jun itu turut dibintangi oleh Siti Hariesa, A. Galak, Erry Putra, Isyariana dan Amai Kamarudin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This