Atok Labu angkat kandungan filem pendek komedi dakwah, budaya Melayu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JIKA Malaysia berbangga dengan selebriti internet, Syahmi Sazli yang banyak menghasilkan kandungan filem pendek rakyat menggunakan dialet Kelantan sehingga mampu menarik ramai pengikut di media sosial.

Namun tidak kurang juga di negara jiran Indonesia, yang mana mereka juga memiliki bakat sama menerusi Sukrinur atau lebih dikenali sebagai Atok Labu.

Atok Labu merupakan nama saluran YouTube yang dimiliki oleh jejaka berusia 48 tahun itu, selain daripada Jawa Medan Channel.

Ketika ditemui UtusanTV, Atok Labu memberitahu bahawa, isi kandungan filem pendek beliau lebih ke arah komedi dakwah, selain memberi penekanan kepada budaya orang Melayu di Sumatera Utara.

Jelasnya, kandungan tersebut berusaha memupukkan rasa kasih dan sayang generasi masa hadapan terhadap budaya Melayu yang semakin terhakis dalam jati diri anak bangsa.

Selain itu, beliau mengambil pendekatan menyampaikan kandungan berkonsepkan komedi atau humor kerana ianya lebih mudah diterima berbanding penyampaian yang dilakukan secara serius atau sindiran.

Baca artikel lain: Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok

“Budaya Melayu sudah hampir hilang, kita punya semboyan Melayu tak akan hilang di Bumi, macam mana tak akan hilang sekiranya kita ini generasi Melayu tak peduli. Tak pernah risau dengan kondisi Melayu, kondisi budaya leluhur kita’

“Membangunkan budaya itu bukan senang, bukan senang membentuk budaya yang elok, yang baik buat anak cucu, itulah peninggalan leluhur kita.

“Sebenarnya itu adalah kekayaan untuk anak cucu, kalau hari ini kita cuba lupakan maka binasalah kita. Oleh kerana itu Atok Labu beri perhatian dengan tajuk budaya Melayu tadi,” katanya.

Channel YouTube Atok Labu:https://youtube.com/@atoklabucomedi_viral_ngakak?si=urdK6KNJzLmDkF0b

Mula menggorak langkah sebagai selebriti internet pada tahun 2018 dan sehingga kini sudah memiliki lebih daripada 1,000 kandungan filem pendek di saluran YouTube, Atok Labu mengakui perjalanannya tidak mudah.

Ini terutamanya pada awal-awal pembabitan, di mana jelasnya beliau tidak dapat meyakinkan orang-orang di sekitarnya untuk terlibat sama menghasilkan kandungan bersama-sama.

Namun begitu, tegas beliau, itu semua bukanlah satu masalah besar yang boleh membuatkan dirinya menyerah kerana minat dalam bidang seni ini lebih tebal daripada halangan-halangan yang mendatang.

“Mulanya orang lain tak mahu (turut serta) tapi kita tak mahu berhenti dan menyerah, jadi kita gunalah apa yang ada.

“Atok punya prinsip orang yang punya waktu sama dengan kita, orang yang punya hajat dan cita-cita yang sama dengan kita tiada lain selain kita sendiri.

“Kalau kita berharap kepada orang lain kecewalah, ini duniakan,” katanya yang kini berada di Malaysia untuk rangka lawatan kerja selama enam hari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This