Kecemerlangan ekonomi 2024 perkukuh Agenda Maju Johor

Dari Penulis

KEJAYAAN Johor dalam merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang tinggi telah memperkukuhkan pelaksanaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan pertumbuhan antara tujuh hingga lapan peratus setahun, menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tumpuan akan diberikan kepada dasar mesra pelabur, pembangunan infrastruktur moden dan usaha memperkasa ekonomi rakyat agar Johor menjadi negeri yang makmur, mampan serta inklusif.

“Syukur Alhamdulillah. Johor muncul sebagai negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 2024 iaitu 6.4 peratus, melepasi kadar pertumbuhan nasional dengan nilai KDNK Johor kini mencecah RM158.0 bilion. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan usaha ini.

“Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk Johor terus maju sebagai pusat pelaburan bertaraf antarabangsa, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk semua. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Onn Hafiz berkata pencapaian itu turut didorong peranan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang kian menyerlah sebagai hab pelaburan serantau.

Baca artikel lain: Projek perumahan terbengkalai lebih 10 tahun di Taman Permata Layang berjaya diselesaikan – Onn Hafiz

Kedudukan Johor yang strategik, rangkaian infrastruktur yang baik, pelabuhan bertaraf dunia serta zon perindustrian yang luas menjadi kelebihan kompetitif yang berjaya memperkukuhkan keyakinan pelabur.

“Menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa memberikan sokongan, nasihat dan bimbingan untuk memastikan pembangunan ekonomi negeri terus dipacu demi kemajuan dan kesejahteraan Bangsa Johor, ” katanya.

Laporan KDNK Mengikut Negeri 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam merekodkan Johor sebagai negeri dengan pertumbuhan tertinggi pada kadar 6.4 peratus, melepasi purata nasional 5.1 peratus.

Pertumbuhan itu disumbang oleh kemajuan pesat dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan yang dipacu oleh pembangunan pusat data, infrastruktur digital serta ekosistem industri yang kompetitif.

Johor turut kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK pertanian negara dengan sumbangan 17.3 peratus, didorong oleh peningkatan pengeluaran kelapa sawit dan subsektor pemprosesan makanan serta minyak sayuran.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This