HAKIM Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan) sehingga jawatan tersebut diisi kelak.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Hakim Besar Malaya akan menjalankan tanggungjawab itu selaras Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Akta 91.
“Badan Kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Jemaah Menteri tidak bincang mendalam pelantikan Ketua Hakim Negara – Fahmi
Hasnah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada 12 November tahun lalu.
Sebelum ini, Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara selepas enam tahun mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan itu, semalam.
Media melaporkan, Tengku Maimun akui tidak pernah menyesal mahupun berkecil hati walaupun tidak ditawarkan untuk melanjutkan perkhidmatannya.
Sebaliknya, anak jati Kota Bharu, Kelantan itu bangga kerana dapat memikul amanah dan menyempurnakan tugasnya sebagai hakim tertinggi negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

