5 termasuk 4 warga asing didakwa edar lebih 2kg kokain, cecair MDMA

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

LIMA individu termasuk seorang warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kokain dengan anggaran berat berjumlah lebih dua kilogram(kg) dan dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dalam bentuk cecair anggaran isipadu 140 mililiter (ml), bulan lalu.

Kesemua tertuduh itu ialah tiga lelaki warga Taiwan, Lu Jui-Tse, 27; Chang Heng-Pin, 37; Hsu Chia-Kuei, 28; seorang wanita warga Vietnam, Do Thi Thanh Thanh, 20, dan seorang lagi lelaki warga tempatan, Yee Wei Keh, 37.

Bagaimanapun, pengakuan kesemua tertuduh tidak direkodkan selepas pertuduhan itu dibcakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top dan Majistret Normaizan Rahim.

Di hadapan Majistret Amalina, tertuduh Jui-Tse, Heng-Pin, Wei Keh dan Thanh Thanh, didakwa mengedar dadah jenis Kokain dengan anggaran berat 2,767 gram (g) di sebuah unit kediaman kondominium dekat Jalan Nipah, Kampung Berembang, di Hulu Langat, sekitar jam 4.15 petang pada 25 Jun lepas.

Manakala di hadapan Majistret Normaizan, Chia Kuei didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis MDMA dengan anggaran isipadu 140ml dan dadah jenis kokain anggaran berat 56g di sebuah lagi unit kediaman kondominium yang sama sekitar 4.35 petang tarikh yang serupa.

Bagi pertuduhan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Sabit kesalahan kesemua mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Chia Kuei turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis dengan anggaran berat 40.68 gram di tempat masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 6 ADB 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun sehingga lima tahun dan antara tiga sehingga lima sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Amirah Zahari dan S. Kirthana manaka tertuduh-tertuduh diwakili oleh peguam R. Maran, dan Farra Emira Amir Firdaus.

Kedua-dua Majistret tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas kesemua tertuduh ekoran pertuduhan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Amalina Basirah menetapkan 22 September, manakala Normaizan menetapkan 23 September depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Sebelum ini media melaporkan polis berjaya menumpaskan sindiket memproses cecair rokok elektronik (vape) mengandungi dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM21.85 juta dalam dua serbuan berasingan di kondominium yang dijadikan makmal haram di sekitar Ampang, 25 Jun lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan tujuh kartrij vape disyaki mengandungi kokain anggaran berat 0.057 kilogram (kg), selain serbuk dadah disyaki kokain dan cecair disyaki mengandungi dadah jenis MDMA dengan anggaran berat masing-masing 2.7 kg dan 124.6 kg.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This