PENURUNAN Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus seperti diputuskan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) disifatkan sebagai langkah berhemah dan proaktif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook berkata, langkah tersebut berhemah dan proaktif di tengah ketidaktentuan ekonomi global, berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.
Menurut Perdana Menteri, reformasi di bawah Ekonomi MADANI terus mengukuhkan daya tahan negara.
Katanya, kadar inflasi sehingga Mei 2025 telah turun ke 1.2 peratus iaitu terendah dalam 51 bulan, malah kadar penyertaan tenaga buruh pula mencecah rekod sebanyak 70.8 peratus.
“Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan penerokaan pasaran baharu.
Baca artikel lain: BNM turunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%
“Kita mesti terus mara dalam reformasi merencana masa depan negara kerana di sebalik cabaran, ada ruang untuk maju disandarkan tatakelola lebih baik, inovasi berani dan semangat juang yang utuh,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, MPC BNM mengumumkan OPR telah diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding 3.00 peratus sebelum ini.
Sehubungan itu, BNM dalam kenyataan memaklumkan, kadar tertinggi dan terendah koridor OPR masing-masing telah dikurangkan kepada 3.00 peratus dan 2.5 peratus.
Sebagai rekod, BNM telah mengekalkan kadar OPR kepada 3.0 peratus selama 13 mesyuarat berturut-turut sejak Mei 2023.
Menurut bank pusat, penunjuk terkini menandakan pertumbuhan global yang berterusan, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan dan sedikit sebanyak menerusi aktiviti yang dilakukan lebih awal atau front-loading.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

