Pemandu lori maut tersepit, 2 penumpang Ativa patah kaki dan tangan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan dekat Seremban, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nizam Yom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 12.51 tengah hari.

Susulan itu katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang 2 dan Senawang digegaskan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 1.02 tengah hari.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori bonded 1 tan dan Perodua Ativa.

“Pemandu lori seorang lelaki lingkungan 40-an tersepit dan meninggal dunia di lokasi dan disahkan pihak paramedik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pemandu Perodua Ativa tidak mengalami kecederaan manakala penumpang wanita di tempat duduk hadapan patah kaki dan seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang patah tangan.

Katanya lagi, mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepda pihak polis untuk tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This