TIADA sebarang bukti boleh mengaitkan pembabitan anak orang kenamaan termasuk ahli keluarga menteri serta pihak Istana Sabah dalam kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya komited memastikan setiap aspek diteliti tanpa kompromi dalam siasatan kes kematian tersebut.
“Setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan pembabitan mana-mana anak VIP dalam kes itu.
“PDRM menegaskan tiada kompromi atau perlindungan akan diberikan kepada mana-mana individu yang disyaki terbabit, tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Kematian pegawai kadet Palapes UTM: Polis sahkan tiada unsur jenayah
Katanya lagi, siasatan polis dijalankan secara menyeluruh dan telus demi memastikan keadilan kepada mangsa serta keluarganya.
Sehubungan itu, kata Kamaruddin , orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan proses keadilan.
Terdahulu, tular dakwaan di media sosial yang mengaitkan anak kepada menteri serta individu berpengaruh dengan kes kematian Zara Qairina.
Semalam, Istana Seri Kinabalu menafikan dakwaan tular dalam media sosial yang mengaitkan kes itu dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Media semalam turut melaporkan polis sudah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian itu yang didakwa menjadi mangsa buli, termasuk tiga individu dengan nama panggilan ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

