Jawatankuasa khas ditubuh siasat kematian pelatih Palapes UTM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SATU jawatankuasa khas diwujudkan di bawah Kementerian Pertahanan bagi menyiasat kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, jawatankuasa khas itu akan turut disertai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Di peringkat Kementerian Pertahanan telah pun mewujudkan jawatankuasa khas, yang juga di dalamnya terdiri daripada KDN dan KKM.

“(Ini) bagi memastikan, (ada pihak) membuat kajian dan juga memastikan supaya laporan lengkap dapat disediakan dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang meminta penjelasan mengenai perkembangan lanjut mengenai kes kematian Syamsul Haris.

Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas selesai menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Johor.

Baca artikel lain: Kematian pegawai kadet Palapes UTM: Polis sahkan tiada unsur jenayah

Pada 1 Ogos lalu, PDRM dilapor akan menjalankan siasatan terperinci berkenaan punca kematian Syamsul Haris.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi-saksi dan pegawai perubatan yang terlibat bagi mengenal pasti punca insiden berkenaan.

Pada masa sama, Zambry menegaskan kes kematian yang mendapat perhatian umum itu kini berada di peringkat siasatan, dengan laporan siasatan dijangka diketahui dalam masa terdekat.

“Kebetulan semalam saya telah pergi melawat keluarga Allahyarham dan saya telah mendengar sendiri daripada ibu beliau yang menceritakan tentang keadaan anak beliau dan sebagainya.

“Beliau telah pun memohon secara rasmi supaya dibuat semula, siasatan semula ke atas keadaan anak beliau itu dan perkara ini telah dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This