RM8.4 juta diperuntuk perolehan lencana Jalur Gemilang untuk 5.14 juta pelajar – KPM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM8.4 juta telah diperuntukkan bagi perolehan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta murid dan pelajar di sekolah, kolej matrikulasi, kolej Tingkatan Enam dan institut pendidikan guru (IPG).

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, setiap pelajar dan murid itu telah diberikan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma.

Menurut KPM, peruntukan berkenaan telah disalurkan kepada semua jabatan pendidikan negeri (JPN) dan institusi pendidikan yang berkenaan pada bulan Februari lalu.

Katanya, peruntukan tersebut diselaraskan mengikut enrolmen murid dan pelajar.

Pada masa sama, KPM memberitahu, sebanyak 91 pembekal telah terlibat dalam membekalkan lencana Jalur Gemilang di seluruh negara.

“Proses perolehan dilaksanakan oleh JPN dan pejabat pendidikan daerah (PPD) serta institusi berkenaan melalui sistem ePerolehan sama ada secara tender atau sebut harga tertakluk kepada peruntukan yang diterima.

“JPN juga telah diberi kebenaran untuk melaksanakan perolehan mengikut zon bagi menyegerakan proses pembekalan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai pembekal yang layak,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai kos ditanggung kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua murid di bawah institusi pendidikan KPM serta syarikat manakah yang membekalkannya.

Baca artikel lain: Polis berkas pemilik kedai perkakasan pasang Jalur Gemilang terbalik

Mengulas lanjut, KPM memberitahu telah menyediakan garis panduan ketika memakai lencana Jalur Gemilang kepada semua institusi pendidikan di bawahnya.

Kementerian itu menjelaskan akan terus memantau pelaksanaan pemakaian lencana yang fleksibel di semua peringkat institusi pendidikan.

“Walau bagaimanapun, ibu bapa diberi keluwesan dalam menyediakan lencana Jalur Gemilang tambahan bersaiz sama dengan material yang bersesuaian.

“Melalui pemakaian lencana ini, semangat patriotisme dapat dizahirkan dan inisiatif ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan serta rasa cinta terhadap negara dalam jiwa generasi MADANI,” katanya.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian murid merupakan salah satu inisiatif KPM dalam menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM telah pun bermula sejak 21 April lalu secara berperingkat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This