GDPM Fest 2025 perkasa penerapan penyelesaian teknologi masa hadapan PMKS Sabah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PEMILIHAN Sabah sebagai satu daripada lokasi Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 didorong oleh potensi dan daya saing komuniti tempatan yang unik serta kedudukannya sebagai negeri pemangkin kesihatan masa hadapan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, ia juga susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tawau mengenai penghantaran ubat menggunakan dron di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Jelas MCMC, tidak terkecuali pengumuman Perdana Menteri mengenai kolaborasi strategik antara MCMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempertingkatkan penggunaan teknologi baharu dalam sektor kesihatan.

Menurut MCMC, GDPM Fest 2025 membawa inisiatif itu ke akar umbi melalui pendekatan yang lebih dekat dengan komuniti perubatan dan usahawan kesihatan tempatan.

“MCMC turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Guideline on Online Healthcare Services (OHS), satu usaha penting dalam memastikan penggunaan platform kesihatan masa hadapan yang selamat, bertanggungjawab dan beretika.

“MCMC yakin kerjasama dengan pelbagai rakan strategik dapat membantu menyatukan peranan sektor awam dan swasta dalam memperkukuh ekosistem kesihatan negara selain mengubah pengalaman penjagaan kesihatan rakyat Sabah,” jelas MCMC.

MCMC menambah,  Sabah menjadi destinasi ketiga dan yang terakhir selepas Johor dan Pahang dalam penganjuran GDPM Fest 2025 yang berlangsung hari ini.

Majlis perasmian program itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran.

Menurut MCMC, penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), khususnya dalam sektor kesihatan di seluruh negara termasuk di Sabah, tidak ketinggalan daripada arus kemajuan teknologi.

Selain itu, program itu juga bermatlamat untuk memperkasa penerapan penyelesaian teknologi masa hadapan dalam kalangan PMKS Sabah, khususnya dalam sektor kesihatan selain membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap dan inklusif bagi mempersiapkan mereka dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Program ini turut dihadiri oleh para pegawai kanan MCMC dan rakan-rakan strategik seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, penyedia perkhidmatan serta rakan-rakan penyedia teknologi kesihatan masa hadapan,” kata MCMC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This