Rafizi akui terima surat tuntutan ‘cease and desist’ daripada Farhash

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberitahu telah menerima surat tuntutan ‘cease and desist’ daripada bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador.

Rafizi berkata, walaupun menerima surat berkenaan, beliau tetap bertegas bahawa kenyataannya adalah berdasarkan fakta dan sedia mempertahankan di mahkamah.

“Kenyataan saya itu adalah satu penyataan fakta. Oleh itu, saya bersedia mempertahankan fakta-fakta tersebut di mahkamah.

“Saya telah menyerahkan perkara ini untuk tindakan selanjutnya kepada peguam saya, Razlan Hadri Zulkifli dari Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: 37 kereta musnah dalam kebakaran bengkel tayar di Shah Alam

Sementara itu, Farhash melalui firma guaman Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co menuntut Rafizi menarik balik tuduhan yang dibuat dalam video dimuat naik di laman Facebook rasminya, memadam kandungan tersebut serta membuat permohonan maaf terbuka dalam tempoh 48 jam.

Surat tuntutan berkenaan menyifatkan kenyataan Rafizi sebagai palsu, berunsur jahat dan menjejaskan reputasi beliau khususnya ketika siasatan polis masih dijalankan.

Menurut peguam Farhash, tuduhan tersebut mendedahkan anak guam mereka kepada perhatian negatif awam selain memberi gambaran salah bahawa beliau merupakan dalang kepada insiden yang berlaku pada 13 Ogos lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This