URA agenda Kerajaan MADANI demi rakyat bukan untuk DAP – Loke

Dari Penulis

PEMBENTANGAN Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) di Dewan Rakyat bukan dibuat sebagai agenda DAP.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke menegaskan, URA yang dibentang oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah agenda kerajaan MADANI demi kepentingan rakyat.

“Mengapa perlu kata ia (URA) agenda DAP. Ini agenda kerajaan MADANI. Apa saja rang undang-undang yang dibawa seseorang menteri bukan agenda parti masing-masing.

“RUU ini telah melalui keputusan Jemaah Menteri, jadi tidak timbul soal agenda DAP. Kalau sesuatu rang undang-undang itu dibawa oleh UMNO atau PKR, adakah ia rang undang-undang parti itu sahaja, sudah tentu tidak.

“Apabila sesuatu rang undang-undang dibawa (ke Dewan Rakyat), ia adalah satu keputusan kolektif kerajaa MADANI kerana apa yang dibawa ke Parlimen sudah dipersetujui bersama,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan Parlimen Seremban kepada sekolah di Sekolah Kebangsaan Sikamat, hari ini.

Khamis lalu, URA dilapor tidak diluluskan pada sidang Dewan Rakyat, sebaliknya ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilapor akan turut melakukan pindaan terhadap RUU berkenaan, termasuk nilai ambang persetujuan untuk menyertai projek pembaharuan semula bandar.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan, kesal apabila ada segelintir pihak yang menuding jari terhadap parti itu berhubung URA.

Beliau berkata, agenda sebenar adalah mendukung aspirasi Perdana Menteri yang menegaskan kepentingan URA kepada rakyat.

“Perdana Menteri tidak mahu melihat rakyat duduk di kediaman daif. Perumahan atau flet lama perlu dibangunkan semula untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

“Itu agenda sebenar iaitu membantu rakyat dan membangunkan semula perumahan terutama di kawasan bandar.

“Saya dengar Ketua Pembangkang kata dia sokong, tak ada bantahan, cuma ada perkara yang perlu dirunding.

“Bagi saya boleh runding, jadi saya harap perkara baik seperti ini, janganlah dipolemikkan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This