CUACA di Putrajaya iaitu tempat di mana bakal berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan 2025 diramalkan baik sepanjang pagi esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca pada sebelah pagi, petang hingga malam dijangka tiada hujan.
Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan hujan di sebelah pagi di sembilan negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Baca artikel lain: Lagi gempa bumi lemah berlaku di Segamat pagi tadi
Cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur pula diramalkan baik pada sebelah pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula seawal 7 pagi Ahad ini dengan ketibaan pemimpin negara, diikuti keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Sambutan akan dimulakan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, lafaz ikrar Rukun Negara dan perarakan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sejauh 2.1 kilometer.
Sebanyak 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias, 116 haiwan dan 21 kumpulan pancaragam bakal memeriahkan perarakan pada sambutan kali ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

