SEORANG daripada pengiring bermotosikal Yang di-Pertuan Agong meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ibrahim Husin berkata, pihaknya mendapat laporan mengenai satu kemalangan maut itu pada jam 8.06 pagi.
Katanya, mangsa, Koperal Muhammad Faizal Ab Razak, 32, dilaporkan mengelak sebatang pokok tumbang dan terbabas ke lorong bertentangan pada jam 7.10 pagi.
“Hasil siasatn awal, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari Batang Kali ke Kuala Lumpur. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian.
“Mangsa merupakan seorang anggota polis cawangan Pengiring Istana Negara. Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan.
Katanya, sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdul Rahman di talian 0360641222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

