PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul susulan daripada pelantikannya.
Anwar turut menzahirkan kegembiraan atas apa dicapai oleh Anutin yang disifatkan sebagai sahabat lama yang sentiasa bersamanya sewaktu susah dan senang.
“Saya telah menghubungi… Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Baca artikel lain: Pas pertikai individu terlibat rasuah masih dikekalkan dalam GLC
“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala.
“Ini termasuk perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri memaklumkan upacara angkat sumpah Anutin akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan kedua-dua pemimpin berkenaan menantikan peluang untuk berjumpa sejurus selepas itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

