Malaysia pulih aset AS$8.57 juta milik Jho Low, keluarga terkait 1MDB

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura telah berjaya memulihkan aset milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan ahli keluarganya bernilai AS$8.57 juta (RM39.1 juta).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu telah dimasukkan ke Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.

Menurut SPRM, pemulihan aset itu adalah hasil daripada usaha penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, SPRM memaklumkan, akaun-akaun lain milik ahli keluarga Jho Low juga dijadualkan untuk dipulangkan dalam masa terdekat.

“Pemulangan terbaharu ini serta penyelesaian sebanyak AS$330 juta (RM1.4 bilion) dengan JPMorgan Chase & Co baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan aset yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia daripada kes 1MDB kini mencecah RM31.19 bilion,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Pada 26 Jun 2024, DOJ AS telah mengumumkan penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang membawa kepada pemulihan aset melebihi AS$100 juta.

Baca artikel lain: Op Lung: SPRM bongkar sindiket penyeludupan melalui pengisytiharan Kastam palsu

Secara keseluruhan, pihak berkuasa AS telah memperoleh lebih AS$1.5 bilion berkaitan Jho Low dengan sebahagian besarnya telah dikembalikan kepada Malaysia.

Mengulas lanjut, SPRM memberitahu, kejayaan pemulihan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi yang diketuai SPRM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara; Bank Negara Malaysia (BNM); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Katanya, usaha tersebut turut diperkukuh dengan kerjasama erat pihak berkuasa antarabangsa khususnya dari United Kingdom (UK); AS; Switzerland; Singapura dan Perancis di bawah kerangka perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Kes 1MDB adalah antara jenayah kewangan terbesar dunia.

“Kerajaan Malaysia menegaskan komitmen untuk membawa pulang wang dan aset yang telah diselewengkan serta memastikan semua individu dan institusi yang terlibat dipertanggungjawabkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This