PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa sedih dan menyampaikan takziah kepada seluruh warga Indonesia atas kehilangan nyawa serta kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda Bali.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menyatakan solidariti dengan Presiden Prabowo Subianto dan rakyat Indonesia keseluruhannya pada saat yang menyakitkan ini.
“Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa yang tragis berikutan banjir kilat di Bali.
“Fikiran dan doa saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang dan dengan semua pihak yang terjejas mata pencarian serta kediaman.
“Malaysia berduka dengan anda dan kami akan terus terus menaruh harapan buat rakyat Bali agar segera pulih daripada bencana ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Anwar ucap tahniah atas pelantikan Anutin sebagai PM baharu Thailand
Banjir kilat melanda dua pulau di Indonesia termasuk destinasi pelancongan popular Bali menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut dan enam lagi dilaporkan hilang.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, berkata hujan lebat sejak kelmarin mengakibatkan banjir menenggelami lima daerah di Bali serta ibu kota wilayah itu, Denpasar, dengan hampir 200 orang terpaksa dipindahkan.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan setakat Rabu, sembilan kematian direkodkan di Bali – meningkat berbanding dua korban pada awalnya, dan dua mangsa dilaporkan hilang.
Seramai 85 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Jembrana, barat daya Bali, manakala 108 lagi berlindung di lokasi lain termasuk sebuah sekolah rendah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

