RANG Undang-Undang Tribunal Antibuli menjadi bukti kepada kesungguhan Kerajaan Madani dalam memerangi salah laku buli di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, ia bukan sekadar laungan kosong tetapi satu tekad untuk melihat anak-anak membesar dalam suasana positif.
“Kami kotakan tekad ini menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan datang.
“Semalam saya hadir ke Sesi Libat Urus Tribunal Antibuli yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
“Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyuarakan pandangan mengenai Tribunal Antibuli menerusi portal yang disediakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Pelajar ditawar universiti diminta rujuk KPT jika bermasalah – Zambry
Katanya lagi, ia dilakukan bagi memastikan tribunal ini nanti benar-benar mantap dan dapat dilaksanakan secara optimum bagi mencegah serta menangani isu buli.
“Usaha bagi menangani salah laku buli yang telah sekian lama berakar perlu dilaksanakan secara bersepadu rentas kementerian dan agensi serta melibatkan semua pihak berkepentingan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

