2 maut ditikam di Guar Chempedak: Suspek ditahan di Kuala Terengganu, direman enam hari

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang lelaki dan wanita ditikam sehingga maut di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan telah ditahan di Kuala Terengganu, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, suspek telah ditahan pada pukul 9.45 pagi semalam.

Pada masa sama, katanya, pihak polis masih menyiasat status hubungan suspek berusia 29 tahun itu dengan mangsa wanita.

Suspek yang merupakan pekerja swasta itu telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa bermula hari ini sehingga 18 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa menaiki kenderaan polis dan tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada jam 8 pagi.

Baca artikel lain: Sekutu Trump, Charlie Kirk maut ditembak di Utah

Kelmarin, media melaporkan bapa wanita itu, Khamis Abdul Rahim, 55, dipetik berkata beliau tiada di rumah ketika kejadian menimpa anaknya, Nurul Nur Syamira, 28, kerana pulang ke kampung di Perak.

Nurul Nur Syamira ditemui meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman di anggota badan di tempat duduk hadapan sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, manakala seorang lelaki Ku Asyraf Ku Shuib, 30, ditemui tertiarap di atas jalan taman perumahan itu yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan raya, juga dengan kesan tikaman pada badan.

Sementara itu, peguam mewakili suspek, Abdul Hayyi Salim yang hadir pada proses reman pagi tadi, memaklumkan suspek ditahan berhadapan sebuah kedai di tepi jalan di Kuala Terengganu, semalam.

Ditanya sama ada suspek mengalami sebarang kecederaan, beliau memaklumkan lelaki itu dalam keadaan baik.

Menurut Abdul Hayyi, suspek adalah pekerja swasta dan dalam proses mencari kerja di Kuala Lumpur ketika kejadian berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This