Pegawai Imigresen terlibat Counter Setting simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan wang berjumlah kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya dan keluarga dalam serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SPRM memaklumkan, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun Tabung Haji atas namanya, isteri dan anak-anak manakala lebih RM400,000 pula disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Menurut SPRM, turut dirampas daripada suspek lelaki berkenaan adalah barang kemas anggaran bernilai RM60,000 serta wang tunai berjumlah RM13,900.

“Selain itu, SPRM Kuala Lumpur turut merampas wang tunai berjumlah RM150,000 yang mana RM125,000 dijumpai di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita serta barangan kemas bernilai anggaran RM15,000.

“Manakala seorang lagi suspek wanita pula dijumpai menyimpan barang kemas bernilai anggaran RM80,000 serta wang tunai berjumlah RM41,470 dan 13,300 Bath,” katanya memetik laporan TikTok rasmi SPRM.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, ketiga-tiga suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting.

Jelas beliau, mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukkan warga negara asing ke Malaysia tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This