TUJUH dilaporkan hilang selepas sebuah rumah setinggan dipercayai dihuni sembilan sekeluarga dihempap tanah runtuh dekat Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku sebelum jam 10 pagi tadi berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan struktur tanah berbukit di kawasan itu menjadi tidak stabil.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi sebelum jentera sampai kira-kira 20 minit kemudian.
Menurut beliau, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan sebuah jentera yang diketuai Wilfred Sulai dikejarkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira tiga kilometer.
“Komander operasi melaporkan, setibanya di lokasi memang benar berlaku tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah. Menurut pemanggil terdapat sembilan orang mangsa tertimbus tapi dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Pasukan Bomba sedang menjalankan operasi pencarian. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Berdasarkan laporan awal, katanya pemanggil melaporkan satu kejadian tanah runtuh berlaku dengan sebuah rumah runtuh.
Akibat kejadian itu, katanya sembilan mangsa tertimbus tetapi dua mangsa dilaporkan dapat dkeluarkan orang awam, manakala tujuh lagi masih dalam operasi pencarian.
“Mangsa pertama yang dikenali sebagai Abdullah dihantar ke Hospital Likas. Dia cedera di bahagian paha kiri.
“Rawatan awal juga diberikan oleh anggota EMRS bomba (pasukan rawatan kecemasan) dengan memasang ‘lower limb’ pada mangsa kerana dikhuatiri patah tulang paha kiri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

