Paip gas ‘bahan mudah terbakar’ bocor dekat tapak projek ECRL di Kerteh

Dari Penulis

SATU kebocoran paip gas jenis ‘butane’ dilaporkan berlaku di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, dekat Kerteh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.53 pagi.

Jelas beliau, ia dilaporkan berlaku kira-kira dua kilometer dari laluan utama dan tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

“Kebocoran itu melibatkan paip gas jenis butane dalam bentuk gas yang dikenal pasti sebagai bahan mudah terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Razi berkata, susulan itu pihaknya mengambil langkah menutup sepenuhnya kawasan kejadian kepada orang ramai dan pekerja di situ.

Katanya, bekalan gas di saluran paip yang bocor itu sudah dihentikan dan ditutup untuk sementara waktu.

“Penutupan sementara waktu dilakukan sehingga kerja-kerja penyelengaraan itu siap sepenuhnya dilakukan oleh kontraktor. Polis turut menutup jalan utama Kerteh-Ranggon kepada semua jenis kenderaan bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Mohd Razi berkata Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan dan pihak berkuasa sedang memantau situasi terbabit dengan rapi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This