Bayi usia dua bulan maut, otak membengkak, paru-paru sembab

Dari Penulis

SEORANG bayi berusia dua bulan maut selepas dipercayai tertindih oleh ibunya ketika sedang tidur dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Kota Setia, Parit, Perak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai kematian bayi itu pada pukul 8.45 pagi.

Jelas beliau, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat dapati bahawa punca kematian ialah otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Hafezul Helmi berkata, hasil siasatan mendapati bayi tersebut lemas semasa sedang tidur bersama suspek yang merupakan ibunya kerana telah ditindih sehingga lemas udara.

Katanya, tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang merupakan seorang wanita warga Indonesia.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit pada Isnin ini di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This