Anwar jemput PM baharu Thailand kunjungi Malaysia, erat hubungan baik dua negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan secara peribadi kepada Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat.

Ia selepas Anutin memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu Thailand pada 7 September lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, kunjungan rasmi Anutin ke Malaysia itu antaranya bagi mempererat lagi hubungan baik kedua-dua negara berjiran.

Selain itu, Anwar berkata, beliau juga telah membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.

Baca artikel lain: Anwar ucap tahniah atas pelantikan Anutin sebagai PM baharu Thailand

“Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.

“Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

“Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau,” katanya dalam hantaran tersebut.

Anutin, 58, yang menerajui parti Bhumjaithai, memegang jawatan Perdana Menteri Thailand ke-32 secara rasmi pada 7 September lalu selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This