Agong terima menghadap PM, dipersembah taklimat pelaksanaan BUDI95

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka telah berkenan dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim juga telah dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 atau BUDI95.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut dipersembahkan tentang persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, bulan depan.

Rakyat kini boleh membuat semakan profil kelayakan subsidi petrol BUDI95 yang dibuka muai 9 pagi tadi.

Semakan kelayakan dan baki penggunaan bulanan subsidi petrol BUDI95 itu boleh dibuat menerusi portal www.budimadani.gov.my.

Baca artikel lain: Rakyat boleh mula semak kelayakan BUDI95 hari ini

Pada masa sama, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BUDI MADANI di nombor 1300-88-9595 juga mulai pukul 9 pagi tadi.

Warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik untuk membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan pula dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober depan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin dunia termasuk dari Asia, Eropah, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Afrikadan Amerika Latin dijangka menghadiri sidang kemuncak itu.

Pada Julai lepas, Anwar berkata antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, yang ditemui Anwar di Rom pada 3 Julai lepas, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, yang kini memegang jawatan Presiden Kumpulan G20.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This