FAM masih tunggu keputusan penghakiman penuh FIFA

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada pihak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung FAM, DAtuk Noor Azman Rahman mengenai kemelut melanda persatuan tersebut susulan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran melibatkan tujuh pemain warisan.

“FAM ingin memaklumkan bahawa pada ketika ini tiada sebarang perkembangan baharu berhubung isu keputusan penggantungan oleh FIFA,” katanya.

Noor Azman berkata, proses rayuan hanya akan dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan penghakiman tersebut diterima.

Terdahulu semakan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh FAM kepada FIFA mendapati isu tersebut adalah berkaitan proses teknikal.

Justeru, SPRM dalam kenyataan memaklumkan, isu berkenaan dilihat tidak berada di bawah bidang kuasa agensi itu buat masa ini.

FAM dan tujuh pemain warisan negara sebelum ini dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Pemain yang dikenakan tindakan itu ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Alejandro Hevel.

Ketujuh-tujuh pemain itu beraksi untuk Malaysia menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Kumpulan F Piala Asia Arab Saudi 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun, selepas FIFA menerima aduan.

Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.

FAM bagaimanapun menerusi kenyataan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA berhubung hukuman dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya telah menerima keputusan rasmi FIFA mengenai kes berkenaan, sambil menegaskan semua dokumentasi dan prosedur berkaitan telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan ditetapkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This