Belanjawan 2026: Guan Eng beri bayangan tiada cukai baharu diperkenalkan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan Kerajaan MADANI tidak akan memperkenalkan cukai baharu dalam pembentangan Belanjawan 2026, hari ini.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau menjangkakan Belanjawan 2026 tidak akan menambahkan beban kewangan rakyat dalam bentuk cukai baru, tambahan cukai mahupun bayaran tambahan.

Katanya, ia adalah untuk meredakan, memudahkan dan membantu perniagaan dan individu yang sebelumnya menghadapi kos yang lebih tinggi.

Menurut Guan Eng, keadaan itu lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi cabaran gentar dengan perang tariff oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang telah pun mengecilkan pasaran perdagangan.

“Sebelum ini, industri dan perniagaan berdepan dengan kenaikan tariff elektrik 14 peratus bagi sektor komersial dan industri, pelaksanaan cukai pendapatan dividen individu dua peratus untuk pendapatan dividen lebih RM 100,000, perluasan skop cukai SST masing-masing sebanyak enam peratus dan lapan peratus, penguatkuasaan e-invoicing ke atas hasil perniagaan tahunan yang melebihi RM 500,000 dan juga caruman wajib KWSP sebanyak dua peratus oleh pekerja asing dan dua peratus oleh majikannya,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Guan Eng beri jaminan ahli DAP terus bersatu bawah pimpinan Loke

Sementara itu, mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Guan Eng berkata, ada sebilangan majikan dijangka menanggung keseluruhan caruman sebanyak empat peratus daripada caruman wajib ke atas semua 2.5 juta pekerja asing bermula November ini.

Guan Eng berkata, beliau dimaklumkan oleh sesetengah majikan bahawa pekerja asing sahih sedia ada tidak akan bersetuju dengan potongan gaji dua peratus untuk caruman KWSP atas alasan ia tidak ada dalam kontrak pekerjaan mereka.

Oleh demikian, kata Guan Eng, bahagian dua peratus caruman KWSP pekerja asing terpaksa ditanggung oleh majikan untuk mengekalkan keharmonian perusahaan di kalangan pekerja asing.

“Sungguhpun bilangan majikan ini tidak ramai, tambahan caruman KWSP sebanyak empat peratus sebulan ini bermakna majikan akan menanggung tambahan separuh bulan gaji setiap tahun bagi pekerja asing mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This