Salah faham punca kejadian murid perempuan cedera dipukul

Dari Penulis

BERPUNCA daripada salah faham.

Demikian siasatan awal polis berhubung kejadian seorang murid perempuan yang cedera di kepala akibat terkena tali pinggang oleh seorang murid lelaki di sebuah sekolah di Sipitang, Sabah, semalam.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda berkata, walau bagaimanapun kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut.

Malah katanya, polis memandang serius insiden ini dan akan memanggil saksi-saksi berkaitan bagi membantu siasatan.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang murid perempuan yang cedera di kepala akibat terkena tali pinggang oleh seorang murid lelaki pada 16 Oktober, sekitar pukul 7.40 pagi di sebuah sekolah di Sipitang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada salah faham antara kedua-dua murid,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga ingin menegaskan bahawa sebarang pendedahan atau penyebaran maklumat berkaitan kanak-kanak, khususnya melalui platform media sosial, merupakan satu kesalahan serius di bawah Seksyen 15(1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Katanya, ia memperuntukkan larangan mendedahkan identiti kanak-kanak terlibat dalam sebarang prosiding atau kejadian jenayah.

“Justeru, orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengendalikan maklumat sedemikian demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak,” jelasnya.

Semalam media melaporkan, seorang murid perempuan cedera di kepala selepas dipercayai dipukul murid lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Sipitang.

Gambar kecederaan dialami mangsa tular di media sosial selepas dikatakan dipukul menggunakan tali pinggang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis tumpaskan geng samun bersenjata di Jasin, empat lelaki diberkas

POLIS menahan empat lelaki termasuk tiga yang didapati positif dadah kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan melarikan...

More Articles Like This