Kerajaan pertimbang naikkan had umur minimum 16 tahun guna media sosial

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun bagi membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan akan turut meneliti keperluan serta mekanisme mewajibkan pendaftaran akaun media sosial menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, MyDigitalID dan pasport.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Bagi membincangkan secara teliti kebolehlaksanaan serta aspek teknikal mekanisme berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama agensi berkaitan akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan pengendali platform media sosial di Singapura pada minggu depan.

“Mekanisme pendaftaran menggunakan dokumen rasmi mungkin sama seperti proses e-KYC yang dilaksanakan dalam aplikasi perbankan dan e-dompet,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menjelas lanjut, Fahmi berkata, perbincangan juga akan diadakan dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa pihak lain berdasarkan pengalaman pelaksanaan sistem e-KYC bagi e-dompet seperti Touch n Go eWallet dan Grab yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan.

Beliau menegaskan, kementerian akan adakan perbincangan dengan pihak platform media sosial, yang telah diputuskan pada hari ini ialah peringkat dasar. 

“Kami akan maklumkan setelah saya mendapat laporan hasil daripada perbincangan di Singapura,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, MCMC juga diminta meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana platform e-dagang yang didapati terus menjual barangan yang tidak dibenarkan seperti produk narkotik atau senjata berbahaya. 

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan bagi menurunkan iklan produk terlarang yang dikesan.

“Saya meminta MCMC meneliti keperluan sekiranya pihak syarikat e-dagang tidak memberikan kerjasama yang baik, apakah tindakan lanjut yang boleh diambil untuk pastikan mereka akur dan mematuhi arahan kerajaan serta undang-undang negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai langkah yang diambil bagi membendung pembelian senjata dalam talian, selepas polis mengesahkan senjata tajam yang dirampas daripada suspek kes bunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya dibeli secara dalam talian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This