Pas bertanding 12 kerusi DUN di PRN Sabah, sasar menang satu

Dari Penulis

PAS akan meletakkan calonnya di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan berlangsung pada 29 November depan.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seperti dilapor BH Online, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Amar memaklumkan, perkara itu masih belum diputuskan secara rasmi kerana perbincangan masih diadakan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, beliau turut berharap parti itu akan dapat memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi DUN dalam PRN tersebut.

“Kita akan bertanding 12 kerusi pada PRN Sabah dan kita sekarang ini sedang berbincang dengan Bersatu dan parti lain dalam PN.

“Kita berharap menerusi 12 kerusi yang ditandingi itu, kita akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi untuk memecahkan ‘telur’ di Sabah,” katanya.

Baca artikel lain: PRN-17 Sabah 29 November, penamaan calon 15 November – SPR

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Sambutan 70 Tahun Pas Kelantan, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 15 November sebagai hari penamaan calon sementara 25 November dipilih sebagai tarikh pengundian awal dan 29 November pula hari mengundi bagi PRN Sabah.

Pengumuman itu dibuat selepas SPR mengadakan mesyuarat khas yang bermula pada pukul 10 pagi berhubung pelaksanaan PRN-17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 Oktober lalu.

SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN.

PRN-17 Sabah menyaksikan sebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This