Suspek kes tikam pelajar dilanjut reman seminggu lagi

Dari Penulis

TEMPOH tahanan reman suspek yang ditahan susulan kes tikam seorang pelajar sehingga maut di sebuah sekolah di Bandar Utama, Selasa lalu dilanjutkan untuk tempoh seminggu lagi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Shamsudin, tempoh lanjutan reman itu diperoleh sehingga Selasa depan.

Beliau berkata, lanjutan itu telah diberikan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi tadi.

Semalam, Shamsudin seperti dilaporkan media memaklumkan, pihaknya akan memohon lanjutan perintah reman terhadap suspek berusia 14 tahun juga pelajar peralihan di sekolah sama dengan mangsa.

Baca artikel lain: Kes tikam pelajar: Mendiang Shing Xuen akan disemadikan hari ini

Mangsa ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah pada 14 Oktober lalu sebelum dua senjata tajam, yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, seorang pelajar lelaki sekolah sama berusia 14 tahun telah ditahan berhubung kes terbabit.

Selepas bedah siasat, polis memaklumkan bahawa laporan patologi dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Pada sidang media Khamis lalu, ibu pelajar perempuan berkenaan, Wong Lee Ping, mendakwa kira-kira 200 kesan tikaman dikesan pada badan anaknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This